BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 24, 2010

Anda dan Bulan Lahir






Assalamualaikum…


Diam tak diam sekarang dah pun masuk pertengahan bulan Januari. Ini membuktikan yang masa bergerak begitu pantas. Sama ada kita sedar atau tidak, itu lah faktanya. Bila masa bergerak, umur juga akan menginjak … Ada juga mereka yang umurnya sama saja setiap tahun heheh :) Apapun, itu hak individu ya sama ada untuk berkongsi atau tidak tentang umur mereka… Respect ! 


Selalunya kita hanya familiar dengan tarikh lahir bulan orang puteh… Tapi tahu ke kita, kita lahir dalam bulan berapa mengikut kalendar Islam???  Sy rasa ramai yang kurang pasti... Rasa rasa macam tahu, tapi sebenarnya tak sure?? Takpe, sy boleh tolong assistkan ya. Di bawah ini, sy sediakan link untuk sahabat sahabat menyemak tarikh lahir anda mengikut kalendar Islam :
                            http://www.islam.com/islamicdates.asp


Bagaimana?? Dah check ker?? kalau sudah, sekarang mari kita sama-sama semak, apa kah pulak karektor di sebalik bulan kelahiran kita :)


Muharram
Mereka yang dilahirkan dalam bulan Muharram biasanya seorang yang pendiam tapi mempunyai akal fikiran yang sihat. Tapi perlu dididik dengan  baik dari kerana ada dua kemungkinan di sini. Kalau tak dididik dengan sempurna, dia tidak akan secerdik yang diharapkan. Sebaliknya jika dia dididik dengan baik, dia akan menjadi seorang yang pintar kerana akalnya yang cerdas. Selalunya penaung Muharram juga berkendak pada perkara-perkara yang baik dan sentiasa berada di dalam keadaan selamat.

Safar
Bagi mereka yang bernaung dalam bulan ini, biasanya bersifat keras hati. Iaitu sangat sukar untuk mengaku kesalahan yang dibuatnya.Mereka ini lebih bersifat mengutamakan kepentingan diri dahulu. Oleh sebab itu, apa sahaja yang dilakukan si Safar untuk kebaikan dirinya pasti hasilnya sangat mendatangkan keuntungan.

Rabiulawal
Mereka yang dilahirkan dalam bulan ini kebiasaannya seorang yang berpewatakan baik. Selalunya, mereka ini juga mudah naik pangkat, kemungkinan akan menjadi seseorang yang berpengaruh atau berkemungkinan akan menjadi seseorang yang kaya.Kebiasannya senang disukai ramai dalam urusan kerjanya. Namun begitu, si Rabiulawal seorang yang agak terburu-buru, hatinya juga degil dan adakalanya lekas marah.


Rabiulakhir
Seseorang yang dilahirkan di dalam bulan ini, agak liar jiwanya. Tidak ada pendirian yang tetap, dan bila dikaitkan dengan fikirannya biasanya kemahuannya agak lemah, bernafsu kurang molek dan seorang yang sangat kasar. Mereka ini juga memberi tekanan kepada ibubapa dalam usaha mendidik mereka ke arah yang lebih baik. 


Jamadil Awal
Penaung dalam bulan ini, mempunyai level confident yang tinggi. Seorang yang cukup berani dan bersifat nekad walaupun sesuatu perkara yang dibuat untuk mungkin sesuatu merbahaya atau bodoh. Hasil dari tindakannya mungkin baik atau gagal.


Jamadil Akhir
Mereka yang dilahirkan dalam bulan ini biasanya seorang yang berani yang menghormati orang lain. Berani mengaku salah untuk kesalahan yang dibuatnya dan tidak akan mengaku kalah jika perkara yang dibuatnya itu benar. Oleh itu, peranan ibubapa untuk mendidik anak anak mereka yang bernaung bawah bulan ini supaya dewasa kelak, terserlah sifat sifat baiknya itu.


Rejab
Waktu kecilnya, dia seorang yang nakal dan degil. Tetapi bila dewasanya, dia seorang yang merendah diri dan sentiasa keliru. Walaubagaimanapun, beliau sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sentosa.


Sya'aban
Bagi mereka yang bernaung di bawah bulan ini, mempunyai perwatakan yang baik. Selalu mengalah dengan kawan kawan sepermainannya. Rezkinya juga tidak putus putus.Sifatnya yang baik dan berbudi bahasa menyebabkan ramai yang sayang padanya sebab itulah agaknya, hidupnya sentiasa bahagia.


Ramadhan
Golongan Ramadhan sememangnya seorang yang low profile, tidak sombong, baik dan pendiam. Sebab itu hidupnya aman.

Syawal
Si Syawal sangat keras hatinya. Pantang kalah - tak boleh terima hakikat. Daripada kecil lagi kena dipupuk sifat sifat yang baik, kalau tidak nanti akan bahayakan dirinya sendiri. Ini adalah kerana sifat keras hatinya yang ketara menyebabkan dia gemar bergaduh terutama kalau melibatkan periuk nasinya.

Zulkaedah
Penaung bulan ini seorang yang pendiam. Terlampau banyak berfikir, sebab itu tidak hairan hasilnya selalu bagus. Tapi sebab terlampau berfikir adakalanya menyebabkan dia keliru dan hilang arah. Ini menyebabkan perkara perkara baik yang ada dalam dirinya mampu bertukar ke sesuatu yang buruk.

Zulhijjah
Si Zuhijjah, kalau dia seorang baik, dia teramatlah baik. Kalau dia seorang yang jahat, dia teramatlah jahat.Dia tak mampu untuk mengawal perasaannya sebab itu selalu 'over' atau sebaliknya. Kerana faktor ini jugalah dia jarang boleh menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Dan akhirnya dia menyesal kerana kurangnya pertimbangan dan tidak berhati hati dalam membuat sesuatu keputusan.


Hmmm... macammana??? Benarkah apa yang tertulis di atas?? Jikalau benar, yang baik patutlah diteruskan dan yang buruk yang mungkin ada dalam diri kita tanpa kita sedar, eloklah di cari cara untuk memperbaiki atau mengatasinya ....




Jauh di mata, di hati jangan


SyarifahNorasiahAidid
240110, 2:20 pm



















4 comments:

moon walker said...

terima kasih..satu aritcle yg menarik..

SyarifahNorasiahAidid said...

:) thanks moon for your visit

ruslina said...

pah kita lahir bulan apa? bulan islam kan bertukar2,, susah gak nak trace,,

SyarifahNorasiahAidid said...

aku bulan rabiul awal... ko klik jek kat link tu and isi tarikh, nanti akan dpt actual date and day dalam bulan Islam :) ... good luck ruslina