BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, January 23, 2010

Anda dan hidung :)

Pernah tak bila bercakap dengan kawan kawan anda atau sesiapa sahaja, tiba-tiba nampak hidung dia terkembang?? Atau mungkin hidung anda sendiri terkembang??? hahah...Bunyik kelakar tetapi, sy tertarik dengan satu artikel di internet pasal when your nose suddenly grow :) ... Macam macam rupanya andaian atau persepsi yang boleh di buat bila sebut pasal hidung ni ya :) ... Kalau mengikut artikel ini, kebiasaannya apabila seseorang itu berbohong, hidungnya akan mengembang ... saling tak tumpah macam cerita dongeng kartun Pinocchio... Bagi mereka yang gemar dengan citer keluaran Walt Disney pasti akan kenal dengan kartun comel ini... Pinocchio ialah patung kayu yang dihasilkan si tukang kayu.. Pinocchio tidak boleh bercakap bohong kerana setiap bohong yang dibuatnya akan menyebabkan hidungnya menjadi semakin kembang (panjang). Itulah karma yang perlu diterima oleh si Pinocchio...







Berbalik kepada topik asal, mengikut artikel tersebut. Apabila seseorang itu berbohong, tubuhnya turut memberi reaksi iaitu kesan dari aliran darah yang berlebihan pada wajah. Ada yang kesannya, wajah menjadi merah, ada juga kesan merahnya pada hidung. Iaitu hidungnya menjadi merah dan mengembang sekitar satu milimeter. Mungkin kita tak akan perasan dengan mata kasar, tapi mereka yang berbohong ini pastinya dapat rasa perubahan itu di dalam diri. Dan adalakanya orang yang berbohong ini secara tak sengaja memberi respons dengan cara memegang hidung mereka. Hah, cuba lihat bila sebut bohong je ada kena mengena dengan hidung, agaknya itulah sebabnya hidung dikaitkan dengan bohong ya :)


Tapi apapun, kita sebagai manusia yang sentiasa berada di dalam kekurangan, seboleh-bolehnya janganlah mengajar diri menjadi seorang pembohong. Sayang lah diri, sayang lah lidah. Bohong bukanlah suatu perkara yang boleh dibanggakan. Kalau hari ini, macam macam jenis bohong yang ada; dan bohong sunat lah yang paling popular di kalangan masyarakat melayu am nya. Tapi persoalannya perlu ke adanya bohong sunat?? Ada sesetengah yang berpendapat, tujuan bohong sunat ialah untuk menjaga hati mereka yang terlibat. Dan soalannya bagaimana pula kalau diketahui selepas itu?? Kan ke dah lain jadinya??... hmmm...


... Apapun anda jua individu yang membuat keputusan akhirnya... Oleh itu, buatlah keputusan yang paling bijak...


Sekian dulu...




Jauh di mata, di hati jangan


SyarifahNorasiahAidid
230110, 5 pm

4 comments:

Miss Sya said...

wah..iye ke cik pah..peh ni aku nk tgk sape ckp dgn aku idung kembang kempis je..membohong la tu..keh keh keh...

SyarifahNorasiahAidid said...

hahah... itu la pasal.. kalo lepas nih hidung dia kembang kempis tu, hah siap ler heh... :)

tp kalo memang dah hidung dia jenis camtu?? camne aar.. kesian ler

noor al habshi said...

tp pada saya lebih tepat tgk pada mata nya. klu mata dia direct kat kita ms berckp, dia jujur org nya.
tp klu mata dia dok melilau ke sana ke sini mcm ade yg tak kena.
tp takut pulak dia menjaga aurat mata dia. biase nye kita ade rase kat hati kita sama ade org nie ckp betul @ tak.

SyarifahNorasiahAidid said...

:) u r rite noor