BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 22, 2010

Anda dan Rose :)



Assalamualaikum...

Jika tadi, sy ajak sahabat sahabat semua untuk bersessi kenalan... Kali ini, untuk kedua kalinya, sy menjemput anda semua untuk bersama sama mengenali rahsia yang tersirat di sebalik bunga rose .. :) Topik ini lebih relaks dan lapang untuk dikongsi bersama...

Kepada mereka yang kenal rapat dengan sy, ternyata mereka mengenali sy sebagai seseorang yang gemarkan bunga.. Bukan saja kerana luarannya yang berwarna warni dan sedap pada pandangan mata, tetapi juga pada baunya yang wangi...

Tetapi sy akui
.. walaupun gemar pada bunga, namun sy tidak pernah cuba untuk mengambil tahu tentang perkaitan di sebalik bunga itu sendiri.. Namun perkaitan ini, bukanlah bererti benar. Ianya hanyalah sekadar suka-suka yang mungkin kebetulan dengan situasi anda :)..

...Untuk pengetahuan anda, bunga yang sentiasa menarik perhatian sy ialah bunga rose. Sebab itulah, sy memilih untuk berbincang tentang bunga ini. Kebiasaannya, bunga rose dikaitkan dengan hati. Mungkin kerana sudah menjadi ikutan atau tradisi setiap pasangan yang berkasih untuk memilih bunga tersebut sebagai hadiah atau ingatan menyebabkan ia sangat popular dikaitkan dengan hati. Tapi apakah pula maksud sebenar bunga ini?? Hmm... baiklah, mari kita sama sama melihat maksud di bawah...

Jikalau anda menerima bouquet rose yang berwarna merah jambu, bererti anda adalah orang yang sangat disukai oleh si pemberi sejak dari dulu atau dengan erti kata lain - secret admire. Pemberi bunga ini sebenarnya ingin menyampaikan maksud yang sama seperti maksud di sebalik bunga rose merah tetapi lebih secara berselindung (tidak direct).


Jikalau bunga ros yang anda terima berwarna merah, ia pula membawa maksud keinginan pasangan anda untuk bersama anda buat selamanya. Anda di sini ialah seorang yang cukup istimewa di hati beliau.Dan si pemberi menyampaikan niatnya secara terbuka.


Ros kuning pula selalu dikaitkan dengan friendship.Friendship di sini dikaitkan dengan ikatan yang iklas antara satu sama lain serta bersifat kukuh.





Ros yang berwarna lavender, mungkin jarang kita lihat, tetapi kalau ros ini yang anda terima, ternyata anda adalah cinta pandang pertama si pemberi (love at 1st sight).







Sebaliknya warna ros jingga menunjukkan tanda kaseh yang melampau oleh si pemberi - fanatik. Oleh itu, berhati-hati ya kerana biasanya harapan si pemberi sangat besar terhadap anda :)


Dan akhirnya, warna putih. Warna putih seringkali dikaitkan dengan sesuatu yang suci, bersih dan jujur. Sebab itu agaknya rose putih selalu mengiringi setiap majlis perkahwinan. Ini kerana maksud tersiratnya yang menjadi teras kepada sesuatu perhubungan.



Hmm... begitulah sedikit sebanyak maksud tersembunyi di sebalik bunga rose yang menjadi kegemaran sy. Setiap warna mencerminkan personaliti mereka tersendiri. Secara peribadi, sy suka bunga rose yang berwarna merah- ini bukan kerana maksud tersiratnya; sebaliknya kerana warnanya yang lebih menonjol pada pandangan mata sy.

Dan nampaknya malam semakin lewat, oleh itu terpaksa sy tangguh dahulu di sini. InsyaAllah, kita pasti akan bersua nanti :)

Dengan itu......




Jauh di mata, di hati jangan

SyarifahNorasiahAidid

230110, 2:15 am





2 comments:

Miss Sya said...

cik pah, aku lebih suka bunga lily casablanca...so tau x meaning? rose pn suke gak..warna putih n pink...

SyarifahNorasiahAidid said...

:) ko suka bunga lily ya et.. alrite nanti aku buat kajian heh :)

rose aku suka... sgt suka, wangi ler